Al-Manar Al-Munif fi Al-Sahih wa Al-Da’if

Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu

“Al-Manar Al-Munif fi Al-Sahih wa Al-Da’if” adalah antara puluhan buku tulisan Ibnu Qayyim al-Jauziyah (751H) berkaitan cara untuk membezakan hadis sahih dan palsu yang sering diguna pakai.Karya ini ditulis 3 tahun sebelum beliau meninggal dunia. Tanpa melihat kepada rangkaian sanad perawinya, buku ini menjelaskan cara mengenali hadis palsu hanya dengan melihat isi kandungan sahaja.
Contoh-contoh yang diberikan di dalam buku ini menggunakan hadis yang popular dalam kalangan masyarakat kini. Alangkah terkejutnya kita apabila mengetahui hadis yang popular itu sebenarnya palsu!
Ibnu Qayyim menjelaskannya satu persatu.
Buku Al-Manar Al-Munif (terjemahan dan cetakan oleh Kemilau Publika)  ini diberi beberapa nilai tambah:
  • Dari sudut takhrij daripada kitab-kitab ulama yang lain.
  • Ulasan ringkas bagi memudahkan pembaca memahami maksud hadis yang dijelaskan oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyah.
  • Isi kandungan hadis disertakan dengan bahasa Arab dan terjemahan bahasa Melayu bagi memudahkan rujukan.
Projek Al-Manar Al-Munif
  • Objektif: Memasukkan hadis-hadis yang dinyatakan oleh Ibn Qayyim statusnya ke laman web semakhadis.com
  • Tarikh mula: Sha’ban 1438H
  • Kos anggaran: RM1097 (ditaja sepenuhnya oleh seorang hamba Allah)
  • Status: sedang berjalan
Senarai Hadis