TEKS BAHASA ARAB
من قال لا إله إلا الله خلق الله من تلك الكلمة طائرا له سبعون ألف لسان لكل لسان سبعون ألف لغة يستغفرون الله له ومن فعل كذا وكذا أعطي في الجنة سبعين ألف مدينة في كل مدينة سبعون ألف قصر في كل قصر سبعون ألف حوراء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang mengucapkan Lailahaillallah, maka Allah akan menciptakan daripada kalimah ini, seekor burung yang mempunyai 70,000 lidah, setiap lidah mampu berbicara dalam 70,000 jenis bahasa. Setiap satunya beristighfar kepada Allah bagi orang tersebut. Sesiapa melakukan begitu dan begini maka dia akan dianugerahkan 70,000 bandar di syurga. Di setiap bandar terdapat 70,000 istana.Di setiap istana ada 70,000 bidadari.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 41-42, hadis nombor 53. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
مكذوب.
Ciri 1 Hadis yang Terlalu Berlebih-lebihan dalam Penetapan Pahala dan Dosa
Antara ciri hadis palsu ialah, hadis tersebut mengandungi perumpamaan yang terlalu berlebih-lebihan yang tidak pernah disebut seperti itu oleh Rasulullah SAW.Hadis palsu seperti ini sangat banyak. Contohnya seperti hadis palsu berikut:
مَنْ قَالَ لا إلَهَ إِلا اللهُ خَلَقَ اللهُ مِنْ تِلْكَ الْكَلِمَةِ طَائِرًا لَهُ سَبْعُونَ أَلْفَ لِسَانٍ لِكُلِّ لِسَانٍ سَبْعُوْنَ ألْفَ لُغَةٍ يَسْتَغْفِرُونَ اللهَ لَهُ وَمَنْ فَعَلَ كَذَا وَكَذَا أُعْطِيَ فِي الْجَنَّةٍ سَبْعِيْنَ أَلْفَ مَدِينَةٍ فِي كُلِّ مَدِينَةٍ سَبْعُونَ أَلْفَ قَصْرٍ فِي كُلِّ قَصْرٍ سَبْعُونَ أَلْفَ حَوْرَاءَ
“Sesiapa yang mengucapkan Lailahaillallah, maka Allah akan menciptakan daripada kalimah ini, seekor burung yang mempunyai 70,000 lidah, setiap lidah mampu berbicara dalam 70,000 jenis bahasa. Setiap satunya beristighfar kepada Allah bagi orang tersebut. Sesiapa melakukan begitu dan begini maka dia akan dianugerahkan 70,000 bandar di syurga. Di setiap Bandar terdapat 70,000 istana. Di setiap istana ada 70,000 bidadari.”
Lafaz pahala yang disebutkan jelas berlebih-lebihan seperti ini menggambarkan pendustanya berada dalam dua kemungkinan.
Mungkin dia berada dalam puncak kebodohan dan kedunguan.
Mungkin dia ialah orang kafir zindik yang bermaksud menghina Rasul SAW.
RUJUKAN
Ibn Qayyim al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Maktabah al-Matbu’at al-Islamiyyah.
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. (2015). Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu (Solehah Abu Bakar, Ed.). Kemilau Publika.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.