Sesiapa yang membaca Qul Huwallahu Ahad sebanyak 1000 kali

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ ليلة النصف من شعبان ألف مرة {قل هو الله أحد} في مئة ركعة الحديث بطوله وفيه بعث الله إليه مئة ملك يبشرونه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membaca Qul Huwallahu Ahad sebanyak 1000 kali pada malam nisfu Syaaban… (hadisnya panjang) antaranya disebutkan bahawa Allah akan mengutus kepadanya 100 malaikat untuk menyampaikan khabar gembira.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 99, hadis nombor 176. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وهذه الصلاة وضعت في الإسلام بعد الأربع مئة ونشأت من بيت المقدس فوضع لها عدة أحاديث منها: "من قرأ ليلة النصف من شعبان ألف مرة {قل هو الله أحد} في مئة ركعة الحديث بطوله وفيه بعث الله إليه مئة ملك يبشرونه".

Hadis-hadis ini ternyata jelas dipalsukan dalam Islam setelah 400 tahun dan bermula berkembang di Baitul Maqdis kemudian dipalsukan sejumlah hadis lain lagi antaranya:
مَنْ قَرَأَ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ أَلْفَ مَرَّةٍ {قُلْ هُوَ اللَهُ أَحَدٌ} الْحَدِيثُ بِطُولِهِ وَفِيْهِ بَعَثَ اللَهُ إِلَيْهِ مئة مَلَكٍ يُبشِّرُونَهُ
“Sesiapa yang membaca Qul Huwallahu Ahad sebanyak 1000 kali pada malam nisfu Syaaban… (hadisnya panjang) antaranya disebutkan bahawa Allah akan mengutus kepadanya 100 malaikat untuk menyampaikan khabar gembira.”

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.