Rasulullah SAW melarang berpuasa di bulan Rejab

TEKS BAHASA ARAB

 أَنَّ رَسُولَ اللَهِ صَلَّى اللَهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ صِيَامِ رَجَبٍ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW melarang berpuasa di bulan Rejab.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata pentakhrijnya حفظه الله:

Sunan Ibnu Majah (no. 1743). Sanadnya terdapat Daud bin ‘Ata al-Muzni. Al-Hafiz menyatakan di dalam at-Taqrib (ms 306): Hadis ini dhoif (lemah). Al-Hafiz menghuraikan panjang tentang hadis ini dalam Tabyinul ‘Ajab (ms 31).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon