TEKS BAHASA ARAB
الآيات بعد المئتين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ayat-ayat (tanda-tanda kiamat) muncul setelah tahun ke-200.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 111, hadis nombor 220. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ومنها أحاديث التواريخ المستقبلة وقد تقدمت الإشارة إليها. وهي كل حديث فيه إذا كانت سنة كذا وكذا حل كذا وكذا….وحديث "الآيات بعد المئتين".
Di antaranya (petanda hadis palsu) ialah hadis yang menyebut tarikh kejadian yang akan berlaku pada masa akan datang seperti mana yang telah disebutkan sebelum ini.
Seperti hadis:
إَذَا كَانَتْ سَنَةُ كَذَا وَكَذَا حَلَّ كَذَا وَكَذَا
“Jika tahun sekian dan sekian maka akan terjadi peristiwa demikian dan demikian.” …dan (seperti) hadis:
الآيَاتُ بَعْدَ الْمِئَتَينِ
“Ayat-ayat (tanda-tanda kiamat) muncul setelah tahun ke-200”.
RUJUKAN
Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.