Sesiapa yang menyuap saudaranya sesuap daripada manisan, Allah akan menjauhkannya daripada kepahitan di Padang Mahsyar

TEKS BAHASA ARAB

من لقم أخاه لقمة حلوة صرف الله عنه مرارة الموقف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menyuap saudaranya sesuap daripada manisan, Allah akan menjauhkannya daripada kepahitan di Padang Mahsyar.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 65, hadis nombor 116. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: أن يكون الحديث بوصف الأطباء والطرقية أشبه وأليق….وحديث "من لقم أخاه لقمة حلوة صرف الله عنه مرارة الموقف".

Di antaranya (hadis palsu) ialah kandungan hadis lebih layak dan menyerupai pandangan para doktor atau ahli-ahli tarikat seperti hadis…dan hadis lain:

مَنْ لَقَّمَ أَخَاهُ لُقْمَةً حُلْوَةً صَرَفَ اللهُ عَنْهُ مَرَارَةَ المَوْقِفُ
“Sesiapa yang menyuap saudaranya sesuap daripada manisan, Allah akan menjauhkannya daripada kepahitan di Padang Mahsyar."

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs