Sesiapa yang solat setelah Maghrib di malam pertama bulan Rejab sebanyak 20 rakaat, maka dia akan melalui sirat tanpa hisab.

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من صلى بعد المغرب أول ليلة من رجب عشرين ركعة جاز على الصراط بلا حساب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang solat setelah Maghrib di malam pertama bulan Rejab sebanyak 20 rakaat, maka dia akan melalui sirat tanpa hisab.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 96, hadis nombor 170. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وكل حديث في ذكر صوم رجب وصلاة بعض الليالي فيه فهو كذب مفترى كحديث "من صلى بعد المغرب أول ليلة من رجب عشرين ركعة جاز على الصراط بلا حساب".

Semua hadis yang mengisahkan tentang puasa di bulan Rejab dan solat pada sebahagian malamnya adalah dusta.
Seperti hadis,
مَنْ صَلَّى بَعْدَ الْمَغْرِبِ أَوَّلَ لَيْلَةٍ مِنْ رَجَبٍ عِشْرِينَ رَكْعَةً جَازَ عَلَى الصِّراطِ بِلا حِسَابٍ
"Sesiapa yang solat setelah Maghrib di malam pertama bulan Rejab sebanyak 20 rakaat, maka dia akan melalui sirat tanpa hisab."

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.