Sesiapa yang dilahirkan untuknya seorang anak lalu dia namakan dengan nama Muhammad

TEKS BAHASA ARAB

 مَنْ وُلِدَ لَهُ مَوْلُودٌ فَسَمَّاهُ مُحَمَّدً تَبَرُّكًا بِهِ كَانَ هُوَ وَالْوَلَدُ فِي الْجَنَّةِ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang dilahirkan untuknya seorang anak lalu dia namakan dengan nama Muhammad – sebagai mengambil berkat dengan nama berkenaan maka anak itu dan dirinya akan berada di dalam syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Ciri 6 Hadis Itu Nyata Batilnya
Antaranya hadis tersebut nyata kebatilannya. Kebatilan kandungan hadis tersebut menunjukkan ia mustahil daripada kata-kata Rasulullah SAW…

… Juga hadis berikutnya,
مَنْ وُلِدَ لَهُ مَوْلُودٌ فَسَمَّاهُ مُحَمَّدً تَبَرُّكًا بِهِ كَانَ هُوَ وَالْوَلَدُ فِي الْجَنَّةِ
“Sesiapa yang dilahirkan untuknya seorang anak lalu dia namakan dengan nama Muhammad – sebagai mengambil berkat dengan nama berkenaan maka anak itu dan dirinya akan berada di dalam syurga.”
——————————————–
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:
Direkod oleh Ibnu Jauzi di dalam al-Maudhu’at (1/241), beliau berkata: Tiada asalnya.

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon