Suatu ketika Rasulullah melihat makanan lalu bertanya: ‘Untuk siapa makanan ini?

TEKS BAHASA ARAB

رأى طعاما فقال لمن هذا؟ قال العباس: للحبشة أطعمهم قال: لا تفعل إنهم إن جاعوا سرقوا وإن شبعوا زنوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Suatu ketika Rasulullah melihat makanan lalu bertanya: ‘Untuk siapa makanan ini?’ Lalu al-Abbas menjawab: ‘Untuk orang Habsyah, aku akan berikan makanan ini kepada mereka.’ Baginda bersabda: ‘Jangan engkau lakukan ia, kerana sesungguhnya jika mereka lapar mereka mencuri, dan jika mereka kenyang mereka akan berzina.’

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 101, hadis nombor 188. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: 17- أحاديث ذم الحبشة والسودان كلها كذب…وحديث "رأى طعاما فقال لمن هذا؟ قال العباس: للحبشة أطعمهم قال: لا تفعل إنهم إن جاعوا سرقوا وإن شبعوا زنوا.

Hadis-hadis celaan kepada orang Habsyah dan Sudan kesemuanya palsu…dan hadis:
رَأَى طَعَامًا فَقَالَ لِمَنْ هَذَا؟ قَالَ الْعَبَّاسُ: لِلْحَبَشَةِ أُطْعِمُهُمْ قَالَ: لا تَفْعَلْ إِنَّهُمْ إِنْ جَاعُوا سَرَقُوا وَإِنْ شَبِعُوا زَنَوْا
“Suatu ketika Rasulullah melihat makanan lalu bertanya: ‘Untuk siapa makanan ini?’ Lalu al-Abbas menjawab: ‘Untuk orang Habsyah, aku akan berikan makanan ini kepada mereka.’ Baginda bersabda: ‘Jangan engkau lakukan ia, kerana sesungguhnya jika mereka lapar mereka mencuri, dan jika mereka kenyang mereka akan berzina.’”

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs