TEKS BAHASA ARAB
شر المال في آخر الزمان المماليك.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Harta yang paling buruk di akhir zaman ialah golongan al-Mamalik (hamba).
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 101, hadis nombor 191. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ومنها: أحاديث ذم الترك وأحاديث ذم الخصيان وأحاديث ذم المماليك….وحديث "شر المال في آخر الزمان المماليك".
Antaranya (ciri hadis palsu yang lain) ialah hadis yang mencela bangsa Turki. Al-Khusyan dan al-Mamalik.
Seperti hadis:
لَوْ عَلِمَ اللهُ فِي الْخِصْيَانِ خَيْرًا لأَخْرَجَ مِنْ أَصْلَابِهِمْ ذُرِيَّةً يَعْبُدُونَ اللهَ
“Sekiranya Allah mengetahui ada kebaikan pada orang al-Khisyan nescaya Allah akan keluarkan daripada sulbinya keturunan yang menyembah Allah.”
dan hadis:
شَرُّ الْمَالِ فِي آخِرِ الزَّمَاِن الْمَمَالِيكُ
Harta yang paling buruk di akhir zaman ialah golongan al-Mamalik (hamba).
RUJUKAN
Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.