Sekiranya Allah mengetahui ada kebaikan pada orang al-Khusyan (Skoptsy) nescaya Allah akan keluarkan daripada sulbi mereka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لو علم الله في الخصيان خيرا لأخرج من أصلابهم ذرية يعبدون الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya Allah mengetahui ada kebaikan pada orang al-Khusyan (Skoptsy) nescaya Allah akan keluarkan daripada sulbi mereka keturunan yang menyembah Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 101, hadis nombor 190. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: أحاديث ذم الترك وأحاديث ذم الخصيان وأحاديث ذم المماليك كحديث "لو علم الله في الخصيان خيرا لأخرج من أصلابهم ذرية يعبدون الله".

Antaranya (ciri hadis palsu yang lain) ialah hadis yang mencela bangsa Turki. Al-Khusyan dan al-Mamalik.
Seperti hadis:
لَوْ عَلِمَ اللهُ فِي الْخِصْيَانِ خَيْرًا لأَخْرَجَ مِنْ أَصْلَابِهِمْ ذُرِيَّةً يَعْبُدُونَ اللهَ
“Sekiranya Allah mengetahui ada kebaikan pada orang al-Khusyan (Skoptsy) nescaya Allah akan keluarkan daripada sulbi mereka keturunan yang menyembah Allah.”

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.