TEKS BAHASA ARAB
ارحموا عزيز قوم ذل وغني قوم افتقر وعالما يتلاعب به الصبيان.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kasihanilah orang yang dihormati daripada kaum yang hina, orang kaya daripada kaum yang fakir dan orang yang alim yang dipermainkan kanak-kanak.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 100, hadis nombor 179. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ومنها: ركاكة ألفاظ الحديث وسماجتها بحيث يمجها السمع ويدفعها الطبع ويسمج معناها للفطن…وحديث "ارحموا عزيز قوم ذل وغني قوم افتقر وعالما يتلاعب به الصبيان".
Antara ciri lain bagi hadis palsu ialah lafaznya sangat lemah dan menggelikan. Ia menggelikan orang yang mendengarnya serta maknanya menggelikan orang-orang yang bijak..serta hadis:
ارْحَمُوا عَزِيزَ قَوْمٍ ذَلَّ وَغَنِيَّ قَوْمٍ افْتَقَرَ وَعَالِمًا يَتَلاعَبُ بِهِ الصِّبْيَانُ
“Kasihanilah orang yang dihormati daripada kaum yang hina, orang kaya daripada kaum yang fakir dan orang yang alim yang dipermainkan kanak-kanak.”
RUJUKAN
Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.