Diutamakan solat dengan bersugi ke atas solat tanpa bersugi dengan 70 kali ganda

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

تفضل الصلاة التي يُستاك لها على الصلاة التي لا يستاك لها سبعين ضعفا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Diutamakan solat dengan bersugi ke atas solat tanpa bersugi dengan 70 kali ganda.

STATUS

Terdapat perawi lemah pada sanadnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 20-22, hadis nombor 5. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال البيهقي: "هذا الحديث أحد ما يخاف أن يكون من تدليسات محمد بن إسحاق وأنه لم يسمعه من الزهري ورواه البيهقي من طريق معاوية بن يحيى الصدفي عن الزهري ومعاوية هذا ليس بقوي"

Al-Baihaqi berkata: Hadis ini adalah salah satu yang dikhuatiri ada tadlis Muhammad bin Ishaq kerana beliau tidak mendengar daripada az-Zuhri. Dan Al-Baihaqi meriwayatkannya daripada jalur Mu’awiyah bin Yahya (al-Sadafi) daripada az-Zuhri sedangkan Mu’awiyah tidak kuat (untuk diambil hadisnya).

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.