TEKS BAHASA ARAB
ليبعثن الله من عترتي رجلا أفرق الثنايا أجلى الجبهة يملأ الأرض عدلا يفيض المال في زمنه فيضا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Allah akan membangkitkan daripada keturunanku seorang lelaki yang jarang giginya, luas dahinya, dia memenuhi bumi dengan keadilan dan membanjiri harta.
STATUS
Terdapat perawi lemah pada sanadnya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 146, hadis nombor 335. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ولكن طالوت وشيخه ضعيفان والحديث ذكرناه للشواهد.
Akan tetapi Thalut dan gurunya lemah dari sudut periwayatan hadis. Hadis yang kami sebutkan di atas hanyalah untuk syawahid (penguat-penguat) sahaja.
RUJUKAN
Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.