Akan terjadi pada bulan Ramadan, suara yang sangat kuat bunyinya sehingga mengejutkan orang yang tidur

TEKS BAHASA ARAB

يكون في رمضان هدة توقظ النائم وتقعد القائم وتخرج العواتق من خدورها وفي شوال همهمة وفي ذي القعدة تمييز القبائل بعضها إلى بعض وفي ذي الحجة تراق الدماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan terjadi pada bulan Ramadan, suara yang sangat kuat bunyinya sehingga mengejutkan orang yang tidur, membuatkan orang yang sedang berdiri terduduk, gadis-gadis keluar daripada pingitannya. Manakala pada bulan Syawal pula akan terdengar suara gajah. Pada bulan Zulkaedah akan bercerai-berai sebahagian kabilah daripada kabilah yang lainnya. Pada bulan Zulhijah akan terjadi pertumpahan darah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 110, hadis nombor 212. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها أحاديث التواريخ المستقبلة وقد تقدمت الإشارة إليها. وهي كل حديث فيه إذا كانت سنة كذا وكذا حل كذا وكذا. كحديث "يكون في رمضان هدة توقظ النائم وتقعد القائم وتخرج العواتق من خدورها وفي شوال همهمة وفي ذي القعدة تمييز القبائل بعضها إلى بعض وفي ذي الحجة تراق الدماء".

Di antaranya (petanda hadis palsu) ialah hadis yang menyebut tarikh kejadian yang akan berlaku pada masa akan datang seperti mana yang telah disebutkan sebelum ini seperti hadis:
يَكُونُ فِي رَمَضَانِ هَدَّةٌ تُوقِظُ النَّاثِمَ وَتُقْعِدُ الْقَائِمَ وَتُخْرِجُ الْعَوَاتِقَ مِنْ خُدُورِهَا وَفِي شَوَّالٍ هَمْهَمَةٌ وَفِي ذِي الْقَعْدَةِ تَمْيِيزُ الْقَبَائِلِ بَعْضِهَا إِلَى بَعْضٍ وَفِي ذِي الْحِجَّةِ تُرَاقُ الدِّمَاءُ
“Akan terjadi pada bulan Ramadan, suara yang sangat kuat bunyinya sehingga mengejutkan orang yang tidur, membuatkan orang yang sedang berdiri terduduk, gadis-gadis keluar daripada pingitannya. Manakala pada bulan Syawal pula akan terdengar suara gajah. Pada bulan Zulkaedah akan bercerai-berai sebahagian kabilah daripada kabilah yang lainnya. Pada bulan Zulhijah akan terjadi pertumpahan darah.”

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs