Ini penjaga wasiatku dan beliau adalah saudaraku, dan khalifah sesudahku, maka dengarlah perintahnya dan taatilah

TEKS BAHASA ARAB

هذا وصيي وأخي والخليفة من بعدي فاسمعوا له وأطيعوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ini penjaga wasiatku dan beliau adalah saudaraku, dan khalifah sesudahku, maka dengarlah perintahnya dan taatilah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 57, hadis nombor 82. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: أن يدعي على النبي صلى الله عليه وسلم أنه فعل أمرا ظاهرا بمحضر من الصحابة كلهم وأنهم اتفقوا على كتمانه ولم ينقلوه كما يزعم أكذب الطوائف: أنه صلى الله عليه وسلم أخذ بيد علي بن أبي طالب رضي الله عنه بمحضر من الصحابة كلهم وهم راجعون من حجة الوداع فأقامه بينهم حتى عرفه الجميع ثم قال: “هذا وصيي وأخي والخليفة من بعدي فاسمعوا له وأطيعوا ثم اتفق الكل على كتمان ذلك وتغييره ومخالفته فلعنة الله على الكاذبين.

Di antaranya (ciri-ciri hadis palsu) ialah dakwaan bahawa Nabi SAW melakukan satu perkara dan disaksikan oleh para sahabatnya. Tetapi, seluruh sahabat sepakat untuk menyembunyikannya dan tidak mengamalkannya. Ini sebagaimana pengakuan dusta kelompok yang paling pendusta; (Syiah Rafidhah). Nabi SAW memegang tangan Ali bin Abi Talib di hadapan semua sahabat saat mereka kembali daripada haji wada’. Lalu Nabi SAW mendirikan Ali di hadapan mereka sehingga semua mengenalinya lalu bersabda: “Ini penjaga wasiatku dan beliau adalah saudaraku, dan khalifah sesudahku, maka dengarlah perintahnya dan taatilah.” Maka para sahabat bersepakat untuk menyembunyikan wasiat Nabi SAW lalu mengubahnya. Semoga laknat Allah menimpa para pendusta ini.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs