Hadis memberi makan dan bercelak pada hari Asyura

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من وسع على عياله يوم عاشوراء وسع الله عليه سائر سنته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memberikan keluasan ke atas keluarganya pada hari Asyura maka Allah akan memberikan keluasan padanya sepanjang tahun.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 111, hadis nombor 223. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها أحاديث الاكتحال يوم عاشوراء والتزين والتوسعة والصلاة فيه وغير ذلك من فضائل لا يصح منها شيء ولا حديث واحد ولا يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم فيه شيء غير أحاديث صيامه وما عداها فباطل. وأمثل ما فيها "من وسع على عياله يوم عاشوراء وسع الله عليه سائر سنته" قال الإمام أحمد: "لا يصح هذا الحديث". وأما حديث الاكتحال والأدهان والتطيب فمن وضع الكذابين وقابلهم آخرون فاتخذوه يوم تألم وحزن والطائفتان مبتدعتان خارجتان عن السنة.
وأهل السنة يفعلون فيه ما أمر به النبي صلى الله عليه وسلم من الصوم ويجتنبون ما أمر به الشيطان من البدع.

Antaranya (ciri hadis palsu) ialah hadis yang menggalakkan memakai celak, berhias, meluaskan perbelanjaan, solat pada hari ‘Asyura serta kelebihan-kelebihan lain pada hari berkenaan.
Tidak ada hadis sahih yang berkaitan dengan perkara di atas. Tidak ada satu hadis sahih pun yang menyebutkannya dan tidak ada yang sabit daripada Nabi padanya melainkan hadis-hadis puasa pada hari tersebut. Selain daripada itu, semuanya palsu.

Hadis yang paling baik dalam bab ini ialah:
مَنْ وَسَّعَ عَلَى عِيَالِهِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَسَّعَ اللهُ عَلَيْهِ سَائِرَ سَنَتِهِ
“Sesiapa yang memberikan keluasan ke atas keluarganya pada hari ‘Asyura maka Allah akan memberikan keluasan padanya sepanjang tahun.”

Imam Ahmad berkata: Hadis ini tidak sahih.
Hadis yang menganjurkan memakai celak, minyak rambut adalah hadis yang dipalsukan oleh golongan pendusta. Lalu orang lain menentangnya dan menjadikan hari ‘Asyura sebagai hari menderita dan bersedih. Dua kelompok ini sudah jelas terkeluar daripada landasan as-Sunnah.
Ahli Sunnah hanya akan mengerjakan apa yang diarahkan oleh Nabi iaitu berpuasa di hari ‘Asyura. Ahli Sunnah meninggalkan perbuatan yang diperintahkan oleh syaitan kerana ia terkandung dalam perkara bidaah.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.