Solat dengan bersugi lebih baik, daripada 70 kali solat tanpa bersugi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

صلاة بسواك خير من سبعين صلاة بغير سواك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solat dengan bersugi lebih baik, daripada 70 kali solat tanpa bersugi.

STATUS

Sanadnya tidak kuat

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 23, hadis nombor 8. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ورواه من حديث حماد بن قيراط قال حدثنا خراج بن فضالة عن عروة بن رويم عن عمرة عن عائشة رضي الله عنها عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "صلاة بسواك خير من سبعين صلاة بغير سواك " وهذا الإسناد غير قوي.

Dan diriwayatkan daripada hadis Hammad bin Qirat, dia berkata: Kharraj bin Fadhalah, daripada ‘Urwah bin Ruwaim, daripada ‘Amrah, daripada ‘Aisyah, daripada Nabi SAW bersabda: “Solat dengan bersugi lebih baik, daripada 70 kali solat tanpa bersugi”, sedangkan sanad ini tidak kuat.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.