Hadis pada kelebihan Mu’awiyah

TEKS BAHASA ARAB

[حديث] في فضائل معاوية ابن أبي سفيان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

[Hadis] pada kelebihan Mu’awiyah.

STATUS

Tidak sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 116, hadis nombor 248. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومن ذلك ما وضعه بعض جهلة أهل السنة في فضائل معاوية ابن أبي سفيان قال إسحاق بن راهويه: “لا يصح في فضائل معاوية بن أبي سفيان عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء”.
قلت ومراده ومراد من قال ذلك من أهل الحديث أنه لم يصح حديث في مناقبه بخصوصه وإلا فما صح عندهم في مناقب الصحابة على العموم ومناقب قريش فمعاوية رضي الله عنه داخل فيه.

Selain itu juga, hadis yang dipalsukan oleh sebahagian ahli sunnah yang jahil pada kelebihan Mu’awiyah. Ishak bin Rahuwiyah berkata: Tiada hadis sahih yang diriwayatkan daripada Nabi tentang kelebihan Mu’awiyah bin Abi Sufyan.
Aku katakan: Maksud kenyataan yang disebutkan itu oleh ahli-ahli hadis ialah: Tidak ada hadis yang sahih dalam menyebutkan manaqib (kemuliaan) Mu’awiyah secara khusus. Apa yang ada dalam hadis sahih ialah kemuliaan para sahabat secara umum. Juga hadis-hadis tentang kemuliaan Quraisy maka Mu’awiyah termasuk di dalamnya.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs