Dua rakaat solat selepas bersugi lebih disukai Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الركعتان بعد السواك أحب إلى الله من سبعين ركعة قبل السواك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dua rakaat (solat) selepas bersugi lebih disukai Allah daripada 70 rakaat sebelum bersugi.

STATUS

Terdapat perawi lemah pada sanadnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 23, hadis nombor 7. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ورواه من حديث الواقدي قال حدثنا عبد الله بن أبي يحيى الأسلمي عن أبي الأسود عن عروة عن عائشة رضي الله تعالى عنها عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "الركعتان بعد السواك أحب إلى الله من سبعين ركعة قبل السواك" ولكن الواقدي لا يحتج به.

Dan diriwayatkannya dari hadis Al-Waqidi, dia berkata: ‘Abd Allah bin Abi Yahya Al-Aslami telah menyampaikan kepada kami daripada Abi Al-Aswad daripada ‘Urwah, daripada ‘Aisyah, daripada Nabi SAW bersabda: “Dua rakaat (solat) selepas bersugi lebih disukai Allah daripada 70 rakaat sebelum bersugi.", akan tetapi al-Waqidi tidak boleh dijadikan hujah.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.