Hadis-hadis kelebihan ayam jantan semuanya dusta, kecuali satu hadis “Jika kalian dengar ayam berkokok, maka pohonlah kepada Allah kelebihan-Nya”

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أحاديث فضائل الديك كلها كذب إلا حديثا واحدا "إذا سمعتم صياح الديكة فاسألوا الله من فضله".

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadis-hadis kelebihan ayam jantan semuanya dusta, kecuali satu hadis “Jika kalian dengar ayam berkokok, maka pohonlah kepada Allah kelebihan-Nya”. Hadis ini telah disebut sebelum ini.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 130, hadis nombor 294. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أحاديث فضائل الديك كلها كذب إلا حديثا واحدا "إذا سمعتم صياح الديكة فاسألوا الله من فضله".

Hadis-hadis kelebihan ayam jantan semuanya dusta, kecuali satu hadis “Jika kalian dengar ayam berkokok, maka pohonlah kepada Allah kelebihan-Nya”. Hadis ini telah disebut sebelum ini.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.