Sesiapa yang tidak memiliki harta untuk bersedekah, maka hendaklah dia melaknat Yahudi dan Nasrani

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من لم يكن له مال يتصدق به فليلعن اليهود والنصارى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang tidak memiliki harta untuk bersedekah, maka hendaklah dia melaknat Yahudi dan Nasrani.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 61, hadis nombor 92. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: أن يكون الحديث باطلا في نفسه فيدل بطلانه على أنه ليس من كلام الرسول صلى الله عليه وسلم…وحديث "من لم يكن له مال يتصدق به فليلعن اليهود والنصارى" فإن اللعنة لا تقوم مقام الصدقة أبدا.

Antaranya (ciri hadis palsu) ialah hadis tersebut nyata kebatilan padanya. Kebatilan kandungan hadis tersebut menunjukkan ia bukan daripada kata-kata Rasulullah SAW seperti hadis…dan hadis lain:
مَنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ مَالٌ يَتَصَدَّقُ بِهِ فَلْيَلْعَنِ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى
“Sesiapa yang tidak memiliki harta untuk bersedekah, maka hendaklah dia melaknat Yahudi dan Nasrani.”

Sesungguhnya laknat tidak berada pada kedudukan sedekah selama-lamanya.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.