Wahai Ali, sesiapa yang solat pada malam pertengahan (nisfu) Syaaban 100 rakaat,

TEKS BAHASA ARAB

 يَا عَلِيَّ مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ النِّصْفُ مِنْ شَعْبَانِ مِئَةَ رَكْعَةٍ يَقْرَأُ بِفَاتِحَةِ الكِتَابِ وَ {قُلْ هُوَ اللَهُ أَحَدٌ} عَشْرَ مَرَّاتٍ قَضَى اللَهُ لَهُ كُلَّ حَاجَةٍ طَلَبَهَا تِلْكَ اللَّيْلَةَ … وَأَعُطِيَ سَبْعِينَ أَلْفَ حَوْرَاءَ لِكُلِّ حَوْرَاءَ سَبْعُونَ أَلْفَ غُلامٍ وَسَبْعُونَ أَلْفَ وِلْدَانٍ "إِلَى أَنْ قَالَ: " وَيَشْفَعُ وَالِدَاهُ كثلُّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا فِي سَبْعِينَ أَلْفًا

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Ali, sesiapa yang solat pada malam pertengahan (nisfu) Syaaban 100 rakaat, dengan membaca al-Fatihah dan (Qul Huwallahu Ahad) 10 kali, maka Allah akan tunaikan segala keperluannya yang diminta pada malam tersebut, … dia akan diberi 70 000 bidadari dengan setiap bidadari ada 70 000 pelayan dan anak… dan masing-masing daripada kedua-dua orang tuannya yang akan memberi syafaat bagi 70 000 orang.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Antara ciri-ciri hadis palsu juga ialah hadis tentang kelebihan solat malam nisfu Syaaban. Seperti hadis:
"يَا عَلِيَّ مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ النِّصْفُ مِنْ شَعْبَانِ مِئَةَ رَكْعَةٍ يَقْرَأُ بِفَاتِحَةِ الكِتَابِ وَ {قُلْ هُوَ اللَهُ أَحَدٌ} عَشْرَ مَرَّاتٍ قَضَى اللَهُ لَهُ كُلَّ حَاجَةٍ طَلَبَهَا تِلْكَ اللَّيْلَةَ – وَسَاقَ خُرَافَاتٍ كَثِيْرَةً – وَأَعُطِيَ سَبْعِينَ أَلْفَ حَوْرَاءَ لِكُلِّ حَوْرَاءَ سَبْعُونَ أَلْفَ غُلامٍ وَسَبْعُونَ أَلْفَ وِلْدَانٍ "إِلَى أَنْ قَالَ: " وَيَشْفَعُ وَالِدَاهُ كثلُّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا فِي سَبْعِينَ أَلْفًا
“Wahai Ali, sesiapa yang solat pada malam pertengahan (nisfu) Syaaban 100 rakaat, dengan membaca al-Fatihah dan (Qul Huwallahu Ahad) 10 kali, maka Allah akan tunaikan segala keperluannya yang diminta pada malam tersebut, – kemudian disebutkan kurafat yang banyak – dia akan diberi 70 000 bidadari dengan setiap bidadari ada 70 000 pelayan dan anak… dan masing-masing daripada kedua-dua orang tuannya yang akan memberi syafaat bagi 70 000 orang.”
Sungguh ajaib bagi orang yang mempelajari sunnah tetapi telah terpedaya dengan hadis seperti ini malah mengamalkan solat ini. Solat ini ternyata jelas dipalsukan dalam Islam setelah 400 tahun dan bermula berkembang di Baitul Maqdis…

————————————————
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:

Direkodkan oleh Ibnu Jauzi di dalam Al-Maudhu’at (2/440). Rujuk: Mizan al-‘Itidal (3/119), al-Lali’ al-Masnu’ah (2/57), Tanzih asy-Syari’ah (2/92) dan al-Fawaid al-Majmu’ah (m.s. 50-51). Asy-Syaukani berkata: Telah terpedaya sebahagian fuqaha, ahli-ahli usuluddin dan ahli tafsir dengan hadis palsu ini. Hadis tentang solat malam diriwayatkan denga pelbagai bentuk dan lafaz. Namun, semuanya batil dan palsu. Asy-Syaukani telah membahagikan kebaikan malam Nisfu Syaaban dan kebaikan mendirikan solat padanya tetapi dia tidak melazimi kedua-duanya. Jika ibadah ini disyariatkan mendirikannya, beliau tetap tidak akan melazimi kedua-duanya. Jika ibadah ini disyariatkan mendirikannya, beliau tetap tidak akan melazimi ibadah ini kerana ibadah taufiqiah.

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon