Sesungguhnya aku solat seperti Rasulullah solat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إنما أصلي بكم صلاة رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: فصلى فلم يرفع يديه إلا في أول مرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku solat seperti Rasulullah solat. Beliau berkata: ‘Maka dia solat dan tidak mengangkat kedua-dua tangannya kecuali pada kali pertama sahaja.’

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 137, hadis nombor 310. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن المبارك: "قد ثبت حديث سالم عن أبيه يعني في الرفع ولم يثبت حديث عبد الله بن مسعود رضي الله عنه".

Ibnu Mubarak berkata: Telah sabit hadis Salim daripada ayahnya – tentang isu mengangkat tangan dalam solat – oleh itu hadis Ibnu Mas’ud tidak sabit.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.