Sesungguhnya Allah mempunyai ayam jantan yang lehernya berteleku di bawah Arasy-Nya sedangkan kedua-dua kakinya bertenggek di sempadan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن لله ديكا عنقه مطوية تحت العرش ورجلاه في التخوم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah mempunyai ayam jantan yang lehernya berteleku di bawah Arasy-Nya sedangkan kedua-dua kakinya bertenggek di sempadan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 55, hadis nombor 78. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: سماجة الحديث وكونه مما يسخر منه كحديث: "لو ككان الأرز رجلا لكان حليما ما أكله جائع إلا أشبعه" فهذا من السمج البارد الذي يصان عنه كلام العقلاء فضلا عن كلام سيد الأنبياء…وحديث "إن لله ديكا عنقه مطوية تحت العرش ورجلاه في التخوم". وبالجملة فكل أحاديث الديك كذب إلا حديثا واحدا "إذا سمعتم صياح الديكة فسألوا الله من فضله فإنها رأت ملكا".

Di antaranya (ciri hadis palsu) juga adalah kandungan hadis yang buruk dan mengundang persendaan orang yang mendengarnya. Contohnya seperti berikut…dan hadis lain adalah:
إنَّ لِلَهِ دِيْكَا عُنُقُهُ مَطْوِيَّةٌ تَحْتَ الْعَرْشِ وَرِجْلاَهُ فِي التُّخُومِ
“Sesungguhnya Allah mempunyai ayam jantan yang lehernya berteleku di bawah Arasy-Nya sedangkan kedua-dua kakinya bertenggek di sempadan.”
Secara umumnya, semua hadis yang menyebutkan mengenai ayam adalah bohong, kecuali satu hadis:
إذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيْكَةِ فَسْأَلُوا اللهَ مِنْ فَضْلِهِ فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلَكًا
Jika kalian mendengar suara ayam jantan berkokok, maka mintalah kurniaan Allah kerana ayam tadi telah melihat malaikat.”

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.