Sesiapa yang berdoa dengan menyebut nama ini: Ya Allah Engkau adalah Zat Yang Maha Hidup dan tidak mati

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من دعا بهذه الأسماء اللهم أنت حي لا تموت وغالب لا تغلب وبصير لا ترتاب وسميع لا تشك وصادق لا تكذب وصمد لا تطعم وعالم لا تعلم إلى أن قال: فوالذي بعثني بالحق لو دعي بهذه الدعوات على صفائح الحديد لذابت وعلى ماء جار لسكن ومن دعا عند منامه بها بعث بكل حرف منها سبع مئة ألف ملك يسبحون له ويستغفرون له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berdoa dengan menyebut nama ini: “Ya Allah Engkau adalah Zat Yang Maha Hidup dan tidak mati, Engkau al-Ghalib dan tidak dikalahkan, Engkau Maha Melihat dan tidak ragu-ragu. Engkau Maha Mendengar dan tidak pernah bimbang, Engkau Maha Benar dan tidak berdusta, Engkau adalah tempat bergantung dan tidak diberi makan, Engkau Maha Mengetahui dan tidak diajar – sehingga perkataan – Maka demi Zat yang telah mengutusku dengan kebenaran”, seandainya dipohon dengan menyebutkan doa-doa di atas pedang-pedang besi, nescaya ia akan cair dan di atas air yang mengalir nescaya ia akan tenang dan sesiapa yang berdoa dengan doa ini ketika tidur akan diutus kepadanya daripada tiap-tiap hurufnya 700,000 malaikat yang bertasbih kepadanya dan meminta ampun untuknya.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 45, hadis nombor 40. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومن ذلك ما رواه ابن منده من حديث أحمد بن عبد الله الجويباري الكذاب عن شقيق عن إبراهيم بن أدهم عن يزيد بن أبي زياد عن أويس القرني عن عمر وعلي رضي الله تعالى عنهم عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: “من دعا بهذه الأسماء اللهم أنت حي لا تموت وغالب لا تغلب وبصير لا ترتاب وسميع لا تشك وصادق لا تكذب وصمد لا تطعم وعالم لا تعلم” إلى أن قال: “فو الذي بعثني بالحق لو دعي بهذه الدعوات على صفائح الحديد لذابت وعلى ماء جار لسكن ومن دعا عند منامه بها بعث بكل حرف منها سبع مئة ألف ملك يسبحون له ويستغفرون له”.

Contoh lain adalah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mandah daripada hadis Ahmad bin Abdullah al-Juwaibari al-Kazzab (si pendusta), daripada Syaqiq daripada Ibrahim bin Adham daripada Yazid bin Abi Yazid daripada Uwais al-Qarni daripada Umar dan Ali daripada Nabi SAW:
“Sesiapa yang berdoa dengan menyebut nama ini: “Ya Allah Engkau adalah Zat Yang Maha Hidup dan tidak mati, Engkau al-Ghalib dan tidak dikalahkan, Engkau Maha Melihat dan tidak ragu-ragu. Engkau Maha Mendengar dan tidak pernah bimbang, Engkau Maha Benar dan tidak berdusta, Engkau adalah tempat bergantung dan tidak diberi makan, Engkau Maha Mengetahui dan tidak diajar – sehingga perkataan – Maka demi Zat yang telah mengutusku dengan kebenaran, seandainya dipohon dengan menyebutkan doa-doa di atas pedang-pedang besi, nescaya ia akan cair dan di atas air yang mengalir nescaya ia akan tenang.” “Dan sesiapa yang berdoa dengan doa ini ketika tidur akan diutus kepadanya daripada tiap-tiap hurufnya 700,000 malaikat yang bertasbih kepadanya dan meminta ampun untuknya.”

RUJUKAN

Ibn Qayyim al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Maktabah al-Matbu’at al-Islamiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. (2015). Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu (Solehah Abu Bakar, Ed.). Kemilau Publika.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.