Wajib bagi kalian untuk makan garam kerana garam adalah ubat bagi 70 jenis penyakit

TEKS BAHASA ARAB

عَلَيْكُمْ بِالْمِلْحِ فَإِنَّهُ شِفَاءٌ من سبعين داء

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wajib bagi kalian untuk makan garam kerana garam adalah ubat bagi 70 jenis penyakit.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Kata Ibn Al-Qayyim dalam Al-Manar Al-Munif,

وَمِنْهَا: سَمَاجَةُ الْحَدِيثِ وَكَوْنُهُ مِمَّا يُسْخَرُ مِنْهُ[1]

Antara ciri hadis palsu juga adalah kandungan hadis yang kasar dan mengundang celaan daripada orang yang mendengarnya[2].

Antara contoh yang disebutkan juga oleh beliau ialah (hadis no. 74),

وَحَدِيثِ “عَلَيْكُمْ بِالْمِلْحِ فَإِنَّهُ شِفَاءٌ من سبعين داء”. [3]

Contoh lain adalah:

“Wajib bagi kalian untuk makan garam kerana garam adalah ubat bagi 70 jenis penyakit.” [4]

Berikut adalah komentar terhadap hadis ini dari notakaki buku  terjemahan nya yang berjudul Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu,

Direkodkan oleh Ibnu Jauzi di dalam al-Maudhu’at (3/102).


 

[1] Ibn Qayyim Al-Jawziyyah, Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf, ed. ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah (Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970), hal. 54.

[2] Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, ed. Solehah Abu Bakar (Selangor: Kemilau Publika, 2015), hal. 45-46.

[3] Ibn Qayyim Al-Jawziyyah, Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf, hal. 55

[4] Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, hal. 49

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Edited by ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

 

MAKLUMAN

 

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!

Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.