Hadis-hadis berkenaan inai, kelebihannya, dan pujian kepadanya

TEKS BAHASA ARAB

أحاديث الحناء وفضله والثناء عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadis-hadis berkenaan inai, kelebihannya, dan pujian kepadanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 131, hadis nombor 295. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَفِيهِ جُزْءٌ لا يَصِحُّ مِنْهُ شَيْءٌ وَأَجْوَدُ مَا فِيهِ حَدِيثُ التِّرْمِذِيِّ "أَرْبَعٌ مِنْ سُنَنِ الْمُرْسَلِينَ السِّوَاكُ وَالطِّيبُ وَالْحِنَّاءُ وَالنِّكَاحُ".
وَسَمِعْتُ شَيْخَنَا أَبَا الْحَجَاجِ الْمُزِّيَّ يَقُولُ: "هَذَا غَلَطٌ مِنْ بَعْضِ الرُّوَاةِ وَإِنَّمَا هُوَ الْخِتَانُ بِالنُّونِ كَذَلِكَ رَوَاهُ الْمَحَامِلِيُّ عَنْ شَيْخِهِ التِّرْمِذِيِّ" قَالَ: "وَالظَّاهِرُ أَنَّ اللَّفْظَةَ وَقَعَتْ فِي آخِرِ السَّطْرِ فَسَقَطَتْ مِنْهَا النُّونُ فَرَوَاهَا بَعْضُهُمُ الْحِنَّاءَ وَبَعْضُهُمُ الْحَيَاءَ وَإِنَّمَا هو الختان". وَصَحَّ حَدِيثُ الْخِضَابُ بِالْحَنَّاءِ وَالْكَتْمِ.

Terdapat juzuk padanya yang tidak sahih sedikit pun.
Hadis yang terbaik tentangnya terdapat dalam hadis Imam al-Tirmizi:
أَرْبَعٌ مِنْ سُنَنِ الْمُرْسَلِينَ السِّوَاكُ وَالطِّيبُ وَالْحِنَّاءُ وّالنِّكَاحُ".
Empat perkara yang menjadi sunnah para rasul; iaitu: Siwak, wangian, inai dan nikah.
Aku mendengar Sheikh Abu al-Hajjaj al-Mizzi berkata: Hadis ini berlaku kesilapan daripada sebahagian perawi, sebenarnya adalah al-khitan dengan huruf nun (bukan huruf hamzah الحناء). Begitu juga yang diriwayatkan oleh Al-Mahamily daripada guru at-Tirmizi. Dia berkata: Yang jelasnya lafaz itu ia terletak pada barisan ayat yang terakhir, oleh itu huruf nun yang berada di akhir perkataan telah hilang. Disebabkan itu, sebahagian meriwayatkan dengan perkataan al-Hinna’ (inai), manakala sebahagian yang lain dengan al-Haya’ (malu), tetapi perkataan yang tepat adalah al-Khitan.
Terdapat hadis sahih: mewarna rambut dengan inai dan katam.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs