Makan ikan melemahkan badan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أكل السمك يوهن الجسد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Makan ikan melemahkan badan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 64, hadis nombor 109. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: 9- أن يكون الحديث بوصف الأطباء والطرقية أشبه وأليق.
كحديث "الهريسة تشد الظهر" وكحديث "أكل السمك يوهن الجسد".

Di antaranya (hadis palsu) ialah kandungan hadis lebih layak dan menyerupai pandangan para doktor atau ahli-ahli tarikat seperti hadis:
الهَرِيْسَةُ تَشُدُّ الظَّهْرَ
“Harisah (sejenis bubur yang diperbuat daripada gandum dan dimasak bersama daging) menguatkan tulang belakang.”
dan hadis lain:
أَكلُ السَّمَكُ يُوَهِّنُ الجَسَدَ
“Makan ikan melemahkan badan.”

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.