Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من صام يوما من رجب وصلى أربع ركعات يقرأ في أول ركعة مئة مرة آية الكرسي وفي الثانية مئة مرة {قل هو الله أحد} لم يمت حتى يرى مقعده من الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, dan solat dua rakaat dengan membaca di rakaat pertama ayat Kursi 100 kali, dan rakaat kedua Qul Huwallahu Ahad 100 kali, maka dia tidak akan mati sehingga melihat tempat duduknya di syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 96, hadis nombor 171. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وكل حديث في ذكر صوم رجب وصلاة بعض الليالي فيه فهو كذب مفترى…وحديث "من صام يوما من رجب وصلى أربع ركعات يقرأ في أول ركعة مئة مرة آية الكرسي وفي الثانية مئة مرة {قل هو الله أحد} لم يمت حتى يرى مقعده من الجنة".

Semua hadis yang mengisahkan tentang puasa di bulan Rejab dan solat pada sebahagian malamnya adalah dusta…dan hadis:
مَنْ صَامَ يَوْمًا مِنْ رَجَبٍ وصَلَّى رَكْعَتَين يَقْرَأُ فِي أَوَّلِ رَكَعَةٍ مِئَةَ مَرَّةٍ آيَةَ الْكُرْسَي وَفِي الثَّانِيَةِ مِئَةَ مَرَّةٍ {قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ} لَمْ يَمُتْ حَتَى يَرَى مَقْعَدَهُ مِنَ الْجَنَّةِ
"Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, dan solat dua rakaat dengan membaca di rakaat pertama ayat Kursi 100 kali, dan rakaat kedua Qul Huwallahu Ahad 100 kali, maka dia tidak akan mati sehingga melihat tempat duduknya di syurga."

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.