Cukai jizyah telah diangkat (dibatalkan) daripada penduduk Khaibar

TEKS BAHASA ARAB

وضع الجزية عن أهل خيبر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Cukai jizyah telah diangkat (dibatalkan) daripada penduduk Khaibar.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 102, hadis nombor 193. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: ما يقترن بالحديث من القرائن التي يعلم بها أنه باطل.
193- مثل حديث "وضع الجزية عن أهل خيبر" وهذا كذب من عدة وجوه:
أحدها: أنه فيه شهادة سعد بن معاذ وسعد قد توفى قبل ذلك في غزوة الخندق.
ثانيها: أن فيه وكتب معاوية بن أبي سفيان هكذا ومعاوية إنما أسلم زمن الفتح وكان من الطلقاء.
ثالثها: أن الجزية لم تكن نزلت حينئذ ولا يعرفها الصحابة ولا العرب وإنما أنزلت بعد عام تبوك وحينئذ وضعها النبي صلى الله عليه وسلم على نصارى نجران ويهود اليمن ولم تؤخذ من يهود المدينة لأنهم وادعوه قبل نزولها ثم قتل من قتل منهم وأجلى بقيتهم إلى خيبر وإلى الشام وصالحه أهل خيبر قبل فرض الجزية فلما نزلت آية الجزية استقر الأمر على ما كان عليه وابتدأ ضربها على من لم يتقدم له معه صلح فمن هاهنا وقعت الشبهة في أهل خيبر.
رابعها: أن فيه وضع عنهم الكلف والسخر ولم يكن في زمانه كلف ولا سخر ولا مكوس.
خامسها: أنه لم يجعل لهم عهدا لازما بل قال نقركم ما شئنا فكيف يضع عنهم الجزية التي يصير لأهل الذمة بها عهد لازم مؤبد ثم لا يثبت لهم أمانا لازما مؤبدا.
سادسها: أن مثل هذا مما تتوفر الهمم والدواعي على نقله فكيف يكون قد وقع ولا يكون علمه عند حملة السنة من الصحابة والتابعين وأئمة الحديث وينفرد بعلمه ونقله اليهود؟
سابعها: أن أهل خيبر لم يتقدم لهم من الإحسان ما يوجب وضع الجزية عنهم فإنهم حاربوا الله ورسوله وقاتلوه وقاتلوا أصحابه وسلوا السيوف في وجوههم وسموا النبي صلى الله عليه وسلم وآووا أعداءه المحاربين له المحرضين على قتاله فمن أين يقع هذا الاعتناء بهم وإسقاط هذا الفرض الذي جعله الله عقوبة لمن لم يدن منهم بدين الإسلام؟
ثامنها: أن النبي صلى الله عليه وسلم لم يسقطها عن الأبعدين مع عدم معاداتهم له كأهل اليمن وأهل نجران فكيف يضعها عن جيرانه الأدنين مع شدة معاداتهم له وكفرهم وعنادهم ومن المعلوم أنه كلما اشتد كفر الطائفة وتغلظت عداوتهم كانوا أحق بالعقوبة لا بإسقاط الجزية.
تاسعها: أن النبي صلى الله عليه وسلم لو أسقط عنهم الجزية كما ذكروا لكانوا من أحسن الكفار حالا ولم يحسن بعد ذلك أن يشترط لهم إخراجهم من أرضهم وبلادهم متى شاء فإن أهل الذمة الذين يقرون بالجزية لا يجوز إخراجهم من أرضهم وديارهم ما داموا ملتزمين لأحكام الذمة فكيف إذا روعي جانبهم بإسقاط الجزية وأعفوا من الصغار الذي يلحقهم بأدائها فأي صغار بعد ذلك أعظم من نفيهم من بلادهم وتشتيتهم في أرض الغربة فكيف يجتمع هذا وهذا؟
عاشرها: أن هذا لو كان حقا لما اجتمع أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم والتابعون والفقهاء كلهم على خلافه وليس في الصحابة رجل واحد قال لا تجب الجزية على الخيبرية لا في التابعين ولا في الفقهاء بل قالوا أهل خيبر وغيرهم في الجزية سواء وعرضوا بهذا الكتاب المكذوب وقد صرحوا بأنه كذب كما ذكر ذلك الشيخ أبو حامد والقاضي أبو الطيب والقاضي أبو يعلى وغيرهم.
وذكر الخطيب البغدادي هذا الكتاب وبين أنه كذب من عدة وجوه. وأحضر هذا الكتاب بين يدي شيخ الإسلام وحوله اليهود يزفونه ويجلونه وقد غشي بالحرير والديباج فلما فتحه وتأمله بزق عليه وقال هذا كذب من عدة أوجه وذكرها فقاموا من عنده بالذل والصغار.

Antaranya (ciri-ciri lain hadis palsu) ialah ia boleh dikenali dengan tanda-tanda yang membuktikan kebatilannya. Seperti hadis:
وَضَعُ الْجِزْيَةِ عن أَهْلِ خَيْبَرَ
“Cukai jizyah telah diangkat (dibatalkan) daripada penduduk Khaibar.”
Hadis ini adalah dusta daripada beberapa aspek, antaranya ialah:
Sa’ad bin Mu’az dikatakan menjadi saksi perjanjian ini tetapi Sa’ad telah meninggal dunia sebelum Perang Khandak.
Di dalam hadis ini ada menyebutkan: “Kandungan perjanjian ini telah ditulis oleh Mu’awiyah bin Abi Sufyan.” Namun, Mu’awiyah memeluk Islam ketika Pembukaan Kota Mekah dan beliau termasuk golongan yang dibebaskan.
Dalil penetapan jizyah belum diturunkan lagi ketika itu. Malah, orang Arab dan para sahabat tidak mengetahui tentangnya. Dalil jizyah turun selepas tahun Perang Tabuk. Nabi hanya menetapkan jizyah itu ke atas orang-orang Nasrani Najran dan Yahudi di Yaman malah penduduk Yahudi di Madinah tidak dikenakan jizyah kerana mereka masih berdamai dengan Nabi ketika itu.
Kemudian, sebahagian daripada mereka dibunuh dan sebahagian lagi diusir ke Khaibar dan Syam. Penduduk Khaibar telah mengajak baginda berdamai sebelum turun kewajipan jizyah. Setelah turunnya dalil penetapan jizyah, maka perlaksanaan adalah seperti sebelumnya. Jizyah dikenakan ke atas mereka yang tidak membuat perjanjian damai dengan baginda. Justeru itu, terdapat keraguan apabila disandarkan jizyah itu kepada penduduk Khaibar.
Antara kandungan hadis tersebut ada disebut: (Baginda menggugurkan ke atas mereka (penduduk Khaibar) melakukan kerja berat dan paksaan). Sedangkan tidak wujud sama sekali arahan melakukan kerja-kerja berat, paksaan dan cukai yang dikenakan (kepada pedagang luar) pada waktu itu.
Menurut hadis palsu ini, baginda tidak menjadikan jizyah ini sebagai perjanjian yang wajib untuk penduduk Khaibar bahkan Nabi bersabda:

نُقِرُّكُمْ مَا شِئْناَ
“Kami tetapkan bagi kalian sesuai dengan apa yang kami inginkan.”

Lalu bagaimana baginda membatalkan jizyah yang menjadi perjanjian yang wajib kafir Zimmi dengannya tetapi tiada janji keamanan secara wajib dan selama-lamanya buat mereka.

Sesungguhnya perkara ini termasuk dalam sesuatu yang mempunyai faktor dan penyokong untuk ramai meriwayatkannya. Tetapi bagaimana ia mungkin berlaku sedangkan ia tidak diketahui oleh pembawa panji sunnah daripada kalangan para sahabat, tabiin serta imam-imam hadis. Malah mengapa hanya orang-orang Yahudi sahaja yang tahu dan menyebarkan kenyataan ini?
Sesungguhnya penduduk (Yahudi) Khaibar tidak mempunyai apa-apa sumbangan kepada kaum Muslimin yang boleh menggugurkan kewajipan jizyah ke atas mereka. Mereka adalah kaum yang memerangi Allah dan Rasul-Nya. Mereka berusaha membunuh baginda dan para sahabatnya menghunus pedang di hadapan wajah mereka, meracuni Nabi, melindungi musuh-musuh Nabi yang memerangi baginda dan menyemarakkan semangat perang ke atas baginda. Justeru itu, mengapa perlu mereka diberi lebih perhatian? Malah, mengapa perlu menggugurkan kewajipan yang Allah telah tetapkan kepada orang yang tidak mahu memeluk Islam daripada mereka?

Nabi Muhammad SAW tidak menggugurkan jizyah kepada golongan kafir yang tinggal lebih jauh dari Madinah dan yang tidak memerangi baginda seperti ahli Yaman dan Najran. Jelas dengan itu, bagaimana mungkin baginda menggugurkan kewajipan jizyah ke atas orang-orang kafir dekat dan sangat memusuhi baginda, sangat kufur dan degil? Malah, kita sedia maklum bahawa jika semakin besar kekufuran sesuatu kaum, semakin kuat permusuhan mereka, maka mereka semakin berhak mendapat hukuman bukan digugurkan jizyah.
Jika Nabi Muhammad SAW menggugurkan kewajipan jizyah seperti yang mereka katakan, sudah tentu mereka adalah di antara orang kafir yang baik keadaannya. Malah baginda tidak molek untuk menambahkan syarat mengusir mereka bila sahaja baginda kehendaki. Ahli zimmah yang patuh membayar jizyah tidak boleh diusir daripada kawasan mereka selagi mereka melaksanakan hukum-hukum zimmah. Justeru, bagaimana kepentingan mereka dijaga dengan menggugurkan jizyah dan mereka diberikan perlepasan daripada berasa diri mereka kecil ketika membayarnya (jizyah). Manakah rasa diri kecil lebih agung daripada pengusiran mereka dari tanah mereka dan memecahkan mereka di bumi asing? Bagaimanakah boleh selari ini dan ini?
Jika hadis ini benar, para sahabat Rasulullah SAW, para tabiin, para fuqaha seluruhnya tidak akan bersepakat ke atas sesuatu yang menyelisihi hadis ini. Tidak ada seorang pun daripada kalangan sahabat mahupun tabiin atau ahli fikah yang berkata: “Tidak ada kewajipan jizyah bagi penduduk Khaibar?” Malah mereka semua berkata: “Penduduk Khaibar mahupun selainnya sama-sama wajib membayar jizyah dan mereka menentang hadis palsu ini. Malah mereka secara terang-terangan mengatakan bahawa hadis itu palsu sebagaimana yang dinyatakan oleh Syeikh Abu Hamid, al-Qadhi Abu Toyyib, al-Qadhi Abu Ya’la dan lain-lain.

Al-Khatib al-Baghdadi menyebutkan berkenaan hadis ini serta menerangkan kedustaan hadis ini daripada pelbagai aspek. Tulisan ini pernah ditunjukkan kepada Syeikhul Islam dan orang di sekitar beliau ialah orang Yahudi sambil menari-nari dan yang mengagungkannya. Ia dibalut dengan sutera. Ketika Syeikhul Islam membukanya dan menelaahnya, beliau ludah padanya tersebut dan berkata: “Ini adalah dusta dari pelbagai sudut.” Lalu dia jelaskan. Orang-orang Yahudi di sekitarnya bangun dengan rasa hina dan kerdil.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs