Daripada Aisyah bahawa sesungguhnya Nabi bermain dengan burung merpati

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

عن عائشة أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يطير الحمام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Aisyah bahawa sesungguhnya Nabi bermain dengan burung merpati.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 107, hadis nombor 200. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَقَالَ زَكَرِيَّا بْنُ يَحْيَى السَّاجِيُّ: "بَلَغَنِي أَنَّ أَبَا الْبُخْتُرِيِّ دَخَلَ عَلَى الرَّشِيدِ وَهُوَ يُطَيِّرُ الْحَمَامَ فَقَالَ هَلْ تَحْفَظُ فِي هَذَا شَيْئًا فَقَالَ حَدَّثَنِي هِشَامُ بْنُ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُطَيِّرُ الْحَمَامَ فَقَالَ الرَّشِيدُ اخْرُجْ عَنِّي ثُمَّ قَالَ لَوْلا أَنَّهُ رَجُلٌ مِنْ قُرَيْشٍ لعزلته يعني من القضاء".

Zakaria bin Yahya as-Saji berkata: Telah sampai berita kepadaku bahawa Abu al-Bakhtari bertemu Khalifah ar-Rasyid yang sedang bermain dengan burung merpatinya. Lalu ar-Rasyid bertanya kepada Abu al-Bakhtari, “Adakah ada hadis yang engkau hafal tentang ini?” Abu al-Bakhtari menjawab, "Telah menceritakan kepadaku Hisyam daripada bapanya daripada Aisyah bahawa sesungguhnya Nabi bermain dengan burung merpati."
Sejurus selepas ar-Rasyid mendengar hadis ini beliau terus berkata: “Keluar kamu dari sini!” Kemudian dia berkata, “Sekiranya dia bukan lelaki Quraisy sudah tentu aku pecatnya.” Pecatnya daripada jawatan kehakiman.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.