Tidak ada perlumbaan (pertandingan) kecuali pada unta, lempar (lempar lembing), tunggang (kuda) dan sayap (menerbangkan burung)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا سبق إلا في خف أو نصل أو حافر أو جناح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada perlumbaan (pertandingan) kecuali pada unta, lempar (lempar lembing), tunggang (kuda) dan sayap (menerbangkan burung).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 107, hadis nombor 201. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وهو الذي دخل على المهدي فوجده يلعب بالحمام فروى له "لا سبق إلا في خف أو نصل أو حافر أو جناح" فلما خرج قال: "أشهد أن قفاك قفا كذاب على رسول الله صلى الله عليه وسلم" ثم لم يدع الحمام لتسببهن في كذب هذا على رسول الله صلى الله عليه وسلم.

Mahdi bermain dengan burung merpati lalu Abu al-Bakhtari membaca hadis:
لا سَبْقَ إِلاَّ فِي خُفٍّ أَوْ نَصْلٍ أَوْ حَافِرٍ أَوْ جِنَاحٍ
“Tidak ada perlumbaan (pertandingan) kecuali pada unta, lempar (memanah), tunggang (kuda) dan sayap (menerbangkan burung).”
Ketika Abu al-Bakhtari keluar, al-Mahdi berkata: “Aku bersaksi bahawa tengkukmu adalah tengkuk seorang yang berdusta di atas nama Rasulullah SAW.” Semenjak kejadian tersebut, Khalifah al-Mahdi tidak meninggalkan burung merpati itu (beliau sembelihnya) kerana ia menjadi sebab pendustaan berlaku ke atas Rasulullah SAW.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.