Ketika Allah memilih roh, Dia memilih roh Abu Bakar

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله لما اختار الأرواح اختار روح أبي بكر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika Allah memilih roh, Dia memilih roh Abu Bakar.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 115, hadis nombor 243. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومما وضعه جهلة المنتسبين إلى السنة في فضائل الصديق رضي الله عنه…وحديث "إن الله لما اختار الأرواح اختار روح أبي بكر".

Di antara apa yang orang yang menyandarkan diri mereka kepada ahli sunnah palsukan pada hadis berkaitan kelebihan Abu Bakar As-Siddiq…Hadis:
إِنَّ اللهَ لَمَّا اخْتَارَ الأَرْوَاحَ اخْتَارَ رُوحَ أَبِي بَكْرٍ
Ketika Allah memilih roh, Dia memilih roh Abu Bakar.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.