Nabi memerintahkan orang-orang kaya memelihara kambing manakala orang-orang miskin memelihara ayam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أمر الأغنياء باتخاذ الغنم وأمر الفقراء باتخاذ الدجاج.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi memerintahkan orang-orang kaya memelihara kambing manakala orang-orang miskin memelihara ayam.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 108, hadis nombor 205. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها أحاديث اتخاذ الدجاج وليس فيها حديث صحيح…وحديث "أمر الأغنياء باتخاذ الغنم وأمر الفقراء باتخاذ الدجاج".

Antaranya (ciri-ciri hadis palsu) juga adalah hadis-hadis yang berkaitan memelihara ayam.
Tidak ada hadis sahih tentang memelihara ayam…dan hadis:
أَمْرُ الأَغْنِيَاءِ بِاتِّخَاذِ الْغَنَمِ وَأَمْرُ الْفُقَرَاءِ بِاتِّخَاذِ الدَّجِاجِ
“Nabi memerintahkan orang-orang kaya memelihara kambing manakala orang-orang miskin memelihara ayam.”

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.