Sesiapa membaca surah sekian akan diberikan ganjaran sekian

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ سورة كذا أعطي ثواب كذا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa membaca surah sekian akan diberikan ganjaran sekian.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 113, hadis nombor 225. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها “ذكر فضائل السور وثواب من قرأ سورة كذا فله أجر كذا” من أول القرآن إلى آخره كما ذكر ذلك الثعلبي والواحدي في أول كل سورة والزمخشري في آخرها قال عبد الله بن المبارك أظن الزنادقة وضعوها.
والذي صح في أحاديث السور “حديث فاتحة الكتاب وأنه لم ينزل في التوراة ولا في الإنجيل ولا في الزبور مثلها”.
وحديث “البقرة وآل عمران إنهما الزهراوان”.
وحديث “آية الكرسي وإنها سيدة آي القرآن”.
وحديث “الآيتين من آخر سورة البقرة من قرأهما في ليلة كفتاه”.
وحديث “سورة البقرة لا تقرأ في بيت فيقربه شيطان”.
وحديث “العشر آيات من أول سورة الكهف من قرأها عصم من فتنة الدجال”.
وحديث “قل هو الله أحد وأنها تعدل ثلث القرآن” ولم يصح في فضائل سورة ما صح فيها.
وحديث “المعوذتين وأنه ما تعوذ المتعوذون بمثلهما”.
وقوله صلى الله عليه وسلم: “أنزل علي آيات لم ير مثلهن ثم قرأهما”.
ويلي هذه الأحاديث وهو دونها في الصحة حديث “إذا زلزلت تعدل نصف القرآن”.
وحديث “قل يا أيها الكافرون تعدل ربع القرآن”.
وحديث “تبارك الذي بيده الملك هي المنجية من عذاب القبر”.
ثم سائر الأحاديث بعد كقوله: “من قرأ سورة كذا أعطي ثواب كذا” فموضوعة على رسوله صلى الله عليه وسلم وقد اعترف بوضعها واضعها وقال: “قصدت أن أشغل الناس بالقرآن عن غيره” وقال بعض جهلاء الوضاعين في هذا النوع: “نحن نكذب لرسول الله صلى الله عليه وسلم ولا نكذب عليه”.
ولم يعلم هذا الجاهل أنه من قال عليه ما لم يقل فقد كذب عليه واستحق الوعيد الشديد.

Hadis berkenaan menyebut kelebihan-kelebihan surah-surah dan sesiapa yang membaca surah ini akan mendapat ganjaran begini, merangkumi surah pertama al-Quran hingga ke akhirnya. Sepertimana yang disebut oleh al-Tha’labi pada setiap awal surah, dan al-Zamakhsyari pada akhir surah.
Abdullah bin al-Mubarak berkata: Aku menyangka bahawa az-Zanadiqah (ahli bidaah) yang memalsukan hadis ini. Tamat.
Adapun hadis yang sahih tentang kelebihan surah adalah:
Hadis tentang al-Fatihah, bahawa tiada yang sepertinya diturunkan di dalam Taurat, Injil dan juga Zabur.
Hadis berkenaan surah al-Baqarah dan Ali ‘Imran digelar zahrawain (bercahaya).
Hadis berkenaan ayat kursi, ia adalah ketua ayat-ayat al-Quran.
Hadis sesiapa yang membaca dua ayat terakhir daripada surah al-Baqarah pada malam hari nescaya cukuplah baginya.
Hadis al-Baqarah yang mana tidak ada rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya akan didatangi syaitan.
Hadis sesiapa yang membaca 10 ayat terawal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal.
Hadis Qulhu Allahu Ahad menyamai sepertiga al-Quran. 

Tidak ada hadis sahih tentang kelebihan-kelebihan satu surah bersamaan dengan apa yang sahih padanya (surah al-Ikhlas).
Hadis al-Mu’awwizatayn (surah al-Falaq dan surah al-Nas) tiada surah yang dapat memberi perlindungan sepertinya.
Sabda Rasulullah SAW:
“Telah diturunkan kepadaku ayat-ayat yang tidak sepertinya. Kemudian baginda membacanya (al-Mu’awwizatayn)”

Hadis berikutnya pula adalah hadis berada rendah sedikit dari sudut kesahihan:
Hadis Iza Zulzilat menyamai separuh al-Quran.
Hadis Qul Ya Aiyuhal Kafirun menyamai seperempat al-Quran.
Hadis: Surah al-Mulk ialah penyelamat daripada azab kubur.

Kemudian hadis-hadis berikutnya selepas itu seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa membaca surah sekian akan diberikan ganjaran sekian.”

Hadis ini adalah hadis palsu yang disandarkan kepada Rasulullah SAW, pereka hadis ini telah mengakuinya dan beliau berkata: ‘Aku bermaksud untuk menyibukkan manusia dengan al-Quran, bukan selain daripadanya.’

Para jahil yang terlibat dalam memalsukan hadis seperti ini berkata: Kami berdusta untuk Rasulullah SAW, tetapi tidak berdusta ke atasnya.

Si jahil ini tidak tahu, sesiapa yang mendakwa sesuatu kenyataan kepada Rasulullah SAW, sedangkan baginda tidak berkata seperti itu, maka dia telah melakukan pendustaan ke atas baginda Nabi, serta dia berhak mendapat ancaman yang sangat berat.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs