TEKS BAHASA ARAB
الهريسة تشد الظهر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Harisah (sejenis bubur yang diperbuat daripada gandum dan dimasak bersama daging) menguatkan tulang belakang.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 64, hadis nombor 108. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ومنها: أن يكون الحديث بوصف الأطباء والطرقية أشبه وأليق…كحديث "الهريسة تشد الظهر".
Di antaranya (hadis palsu) ialah kandungan hadis lebih layak dan menyerupai pandangan para doktor atau ahli-ahli tarikat seperti hadis:
الهَرِيْسَةُ تَشُدُّ الظَّهْرَ
“Harisah (sejenis bubur yang diperbuat daripada gandum dan dimasak bersama daging) menguatkan tulang belakang.”
RUJUKAN
Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.