Tidak ada seorang Muslim pun yang bersama pasangannya – dalam keadaan dia berniat sekiranya mendapat zuriat akan dinamakan dengan nama Muhammad

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما من مسلم دنا من زوجته -وهو ينوي إن حبلت منه أن يسميه محمدا- إلا رزقه الله ولدا ذكرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seorang Muslim pun yang bersama pasangannya – dalam keadaan dia berniat sekiranya mendapat zuriat akan dinamakan dengan nama Muhammad – Allah nescaya akan merezekikannya anak lelaki.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 61, hadis nombor 95. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: 6- أن يكون الحديث باطلا في نفسه فيدل بطلانه على أنه ليس من كلام الرسول صلى الله عليه وسلم…وكحديث "ما من مسلم دنا من زوجته -وهو ينوي إن حبلت منه أن يسميه محمدا- إلا رزقه الله ولدا ذكرا" وفي ذلك جزء كله كذب.

Antaranya (ciri hadis palsu) ialah hadis tersebut nyata kebatilan padanya. Kebatilan kandungan hadis tersebut menunjukkan ia bukan daripada kata-kata Rasulullah SAW seperti hadis…dan seperti hadis:

مَا مِنْ مُسْلِم دَنَا زَوْجَتِهِ– وَهُوَ يَنْوِي إِنْ حَبِلَتْ مِنْهُ أَنْ يُسَمِّيَهُ مُحَمَّدٌ– إِلاَّ رَزَقَهُ اللهُ وَلَدًا ذَكَرًا
“Tidak ada seorang Muslim pun yang bersama pasangannya – dalam keadaan dia berniat sekiranya mendapat zuriat akan dinamakan dengan nama Muhammad – Allah nescaya akan merezekikannya anak lelaki.”
Padanya ada satu juzuk (kitab hadis) yang kesemuanya palsu.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.