Ambillah hamba-hamba wanita kerana mereka semua adalah orang-orang yang mempunyai rahim yang berkat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اتخذوا السراري فإنهن مباركات الأرحام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ambillah hamba-hamba wanita kerana mereka semua adalah orang-orang yang mempunyai rahim yang berkat.

STATUS

Tidak sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 127, hadis nombor 285. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال العقيلي: “لا يصح في السراري عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء”.

Al-‘Uqaily berkata: Tidak sahih kelebihan mengambil hamba perempuan daripada Nabi satu apa pun.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.