Apabila salah seorang daripada kalian dipanggil oleh ibunya ketika dia sedang solat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا دعت أحدكم أمه وهو في الصلاة فليجب وإذا دعاه أبوه فلا يجب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang daripada kalian dipanggil oleh ibunya ketika dia sedang solat maka hendaklah dia menyahut dan apabila dia dipanggil oleh ayahnya maka janganlah dia menyahut.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 140, hadis nombor 324. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

يرويه عبد العزيز بن أبان القرشي الأموي قال البخاري: “تركوه” وقال ابن معين وغيره: “كذاب روى أحاديث موضوعة”.

Hadis di atas diriwayatkan oleh Yazid bin Aban al-Qurashi al-Umawi. Al-Bukhari berkata: Mereka (ulama hadis) meninggalkan dia. Ibnu Ma’in dan ulama lain berkata: Dia seorang pembohong yang meriwayatkan hadis-hadis palsu.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.