Jika kalian mengirimkan utusan kepadaku, utuslah orang wajahnya baik dan namanya baik

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا بعثتم إلي بريدا فابعثوه حسن الوجه حسن الاسم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kalian mengirimkan utusan kepadaku, utuslah orang wajahnya baik dan namanya baik.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 63, hadis nombor 105. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وكل حديث فيه ذكر حسان الوجوه أو الثناء عليهم أو الأمر بالنظر إليهم أو التماس الحوائج منهم أو أن النار لا تمسهم فكذب مختلق وإفك مفترى. وفي الباب أحاديث كثيرة وأقرب شيء في الباب حديث "إذا بعثتم إلي بريدا فابعثوه حسن الوجه حسن الاسم".
وفيه عمر بن راشد قال ابن حبان: "يضع الحديث" وذكر أبو الفرج بن الجوزي هذا الحديث في الموضوعات.

Semua hadis yang menyebutkan berkenaan keelokan wajah dan pujian kepada mereka atau perintah untuk memandangnya atau memenuhi hajat dengan perantaraan mereka, atau api neraka tidak akan menyentuhnya adalah dusta dan palsu.
Dalam bab ini terdapat banyak sekali hadis. (Semuanya adalah palsu.) Hadis yang paling dekat adalah hadis:
إِذَا بَعَثْتُمْ إِلَيَّ بَرِيدًا فَابْعَثُوهُ حَسَنَ الْوَجْهِ حَسَنَ الاسْمِ
“Jika kalian mengirimkan utusan kepadaku, utuslah orang wajahnya baik dan namanya baik.”
Dalam sanadnya ada seorang yang bernama Umar bin Rasyid. Ibnu Hibban berkata: “(Dia) pemalsu hadis.” Ibnu Jauzi menyebutkan hadis ini di dalam al-Maudhu’at.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.