Jika telinga salah seorang daripada kamu berdengung, maka selawatlah ke atasku

TEKS BAHASA ARAB

إذا طنت أذن أحدكم فليصل علي وليقل: ذكر الله من ذكرني بخير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika telinga salah seorang daripada kamu berdengung, maka selawatlah ke atasku dan ucaplah: ‘Allah menyebut sesiapa yang menyebutku dengan kebaikan.’

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 65, hadis nombor 119. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وحديث "إذا طنت أذن أحدكم فليصل علي وليقل: ذكر الله من ذكرني بخير" وكل حديث في طنين الأذن فهو كذب.

dan hadis:
إِذَا طَنَّتْ أُذُنُ أَحَدِكُمْ فَلْيُصَلِّ عَلَيَّ وَلْيَقُلْ: ذَكَرَ اللَهُ مَنْ ذَكَرنِي بِخَيْرٍ
“Jika telinga salah seorang daripada kamu berdengung, maka selawatlah ke atasku dan ucaplah: ‘Allah menyebut sesiapa yang menyebutku dengan kebaikan.’”
Semua hadis berkaitan telinga berdengung adalah palsu.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.