Tiada solat bagi orang yang mempunyai (qadak) solat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا صلاة لمن عليه صلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada solat bagi orang yang mempunyai (qadak) solat.

STATUS

Tidak ada asalnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 122, hadis nombor 276. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال إبراهيم الحربي: "سألت أحمد بن حنبل عن هذا الحديث فقال: "لا أعرفه" قال الحربي: "ولا سمعت أنا بهذا في حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم".

Ibrahim al-Harbi berkata: Aku bertanya Ahmad bin Hanbal berkaitan hadis ini. Lalu dia menjawab: Aku tidak mengetahuinya. Al-Harbi berkata: Dan aku juga tidak pernah mendengar apa-apa berkaitan hal ini dalam hadis Rasulullah SAW.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.