Akan muncul suara di bulan Ramadan, jika malam pertengahan bulan tersebut bertepatan dengan malam Jumaat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يكون صوت في رمضان إذا كانت ليلة النصف منه ليلة الجمعة يصعق له سبعون ألفا ويصم سبعون ألفا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan muncul suara di bulan Ramadan, jika malam pertengahan bulan tersebut bertepatan dengan malam Jumaat, suara tersebut akan menyebabkan 70 000 orang pengsan dan 70 000 orang tuli (pekak).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 110, hadis nombor 213. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها أحاديث التواريخ المستقبلة وقد تقدمت الإشارة إليها. وهي كل حديث فيه إذا كانت سنة كذا وكذا حل كذا وكذا…وحديث "يكون صوت في رمضان إذا كانت ليلة النصف منه ليلة الجمعة يصعق له سبعون ألفا ويصم سبعون ألفا".

Di antaranya (petanda hadis palsu) ialah hadis yang menyebut tarikh kejadian yang akan berlaku pada masa akan datang seperti mana yang telah disebutkan sebelum ini.…dan hadis lain:
يَكُونُ صَوْتٌ فِي رَمَضَانِ إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْهُ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ يُصْعَقُ لَهُ سَبْعُونَ أَلْفًا وَيَصُمُّ سَبْعُونَ أَلْفًا
“Akan muncul suara di bulan Ramadan, jika malam pertengahan bulan tersebut bertepatan dengan malam Jumaat, suara tersebut akan menyebabkan 70 000 orang pengsan dan 70 000 orang tuli (pekak).”

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.