Jika telah berlalu daripada umatku 380 tahun, maka halal bagi mereka untuk hidup membujang

TEKS BAHASA ARAB

إذا أتت على أمتي ثلاث مئة وثمانون سنة فقد حلت لهم العزبة والترهب على رؤوس الجبال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika telah berlalu daripada umatku 380 tahun, maka halal bagi mereka untuk hidup membujang dan menjadi rahib di puncak-puncak gunung.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 111, hadis nombor 221. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها أحاديث التواريخ المستقبلة وقد تقدمت الإشارة إليهاوهي كل حديث فيه إذا كانت سنة كذا وكذا حل كذا وكذا…وكحديث "إذا أتت على أمتي ثلاث مئة وثمانون سنة فقد حلت لهم العزبة والترهب على رؤوس الجبال".

Di antaranya (petanda hadis palsu) ialah hadis yang menyebut tarikh kejadian yang akan berlaku pada masa akan datang seperti mana yang telah disebutkan sebelum ini.
Seperti hadis:
إَذَا كَانَتْ سَنَةُ كَذَا وَكَذَا حَلَّ كَذَا وَكَذَا
“Jika tahun sekian dan sekian maka akan terjadi peristiwa demikian dan demikian.” …dan hadis:
إِذَا أَتَتْ عَلَى أُمَّتِي ثَلاثُ مِئَةٍ وَثَمَانُونَ سَنَةً فَقَدْ حَلَّتْ لَهُمْ الْعُزْبَةُ وَالتَّرَهُّبُ عَلَى رُؤُوْسُ الْجِبَالِ
“Jika telah berlalu daripada umatku 380 tahun, maka halal bagi mereka untuk hidup membujang dan menjadi rahib di puncak-puncak gunung.”

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs