Jika kamu pasangan daripada burung merpati, lalu dia jinak denganmu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

شكا رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم الوحدة فقال له: لو اتخذت زوجا من حمام فآنسك وأصبت من فراخه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki mengadu kepada Rasulullah bahawa dia keseorangan (kesepian), lalu baginda bersabda kepadanya: ‘Jika kamu pasangan daripada burung merpati, lalu dia jinak denganmu dan engkau mendapat makan daripada anak-anaknya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 106, hadis nombor 197. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فمنها أحاديث الحمام -بالتخفيف- لا يصح منها شيء…وحديث "شكا رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم الوحدة فقال له: لو اتخذت زوجا من حمام فآنسك وأصبت من فراخه."

Antara ciri lain hadis palsu ialah hadis-hadis tentang burung merpati. Tidak ada satu pun yang sahih…dan hadis:
شَكَا رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْوَحْدَةَ فَقَالَ لَهُ: لَوِ اتَّخَذْتَ زَوْجًا مِنْ حَمَامٍ فَآنَسَكَ وَأَصَبْتَ مِنْ فِرَاخِهِ
“Seorang lelaki mengadu kepada Rasulullah bahawa dia keseorangan (kesepian), lalu baginda bersabda kepadanya: ‘Jika kamu pasangan daripada burung merpati, lalu dia jinak denganmu dan engkau mendapat makan daripada anak-anaknya.’”

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.