Janganlah kalian lalai akan Jumaat pertama bulan Rejab kerana malam itu diberi nama oleh para malaikat dengan malam Ragha’ib

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا تغفلوا عن أول جمعة من رجب فإنها ليلة تسميها الملائكة الرغائب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kalian lalai akan Jumaat pertama bulan Rejab kerana malam itu diberi nama oleh para malaikat dengan malam Ragha’ib.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 95, hadis nombor 169. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وكذلك أحاديث صلاة الرغائب ليلة أول جمعة من رجب كلها كذب مختلق على رسول الله صلى الله عليه وسلم…وفيه: "لا تغفلوا عن أول جمعة من رجب فإنها ليلة تسميها الملائكة الرغائب" وذكر الحديث المكذوب بطوله.

Begitu juga hadis-hadis tentang solat Ragha’ib pada malam Jumaat pertama di bulan Rejab. Semuanya adalah palsu dan didustakan atas nama Rasulullah SAW….dan padanya hadis:
لا تَغْفَلُوا عَنْ أَوَّلِ جُمُعَةٍ مِنْ رَجَبٍ فَإِنَّهَا لِيْلَةٌ تُسَمِّيْهَا المَلاَئِكَةِ الرَغَائِبِ
“Janganlah kalian lalai akan Jumaat pertama bulan Rejab kerana malam itu diberi nama oleh para malaikat dengan malam Ragha’ib.”
Hadis palsu ini telah disebut dengan panjangnya.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.