Sebaik-baik makanan dunia dan akhirat ialah daging

TEKS BAHASA ARAB

 أَفْضَلُ طَعَامِ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ اللَّحْمُ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik makanan dunia dan akhirat ialah daging.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Termasuk hadis yang batil adalah hadis-hadis berkenaan larangan memotong pohon bidara.
Berkata Al-Uqaily: Tiada hadis sahih berkenaan memotong pohon bidara.
Berkata Ahmad: Tiada hadis sahih berkenaan tajuk ini.
Demikian juga hadis palsu yang telah disebutkan sebelum ini; hadis berkenaan memuji kacang adas, beras, kacang buncis, terung, delima, kismis, kubis ungu, daun bawang, tembikai, kacang badam, keju, kuih al-harisah, dan sebahagiannya dari awal sehingga akhirnya adalah dusta.

Hadis yang paling hampir dengan tajuk ini adalah:
أَفْضَلُ طَعَامِ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ اللَّحْمُ
Sebaik-baik makanan dunia dan akhirat ialah daging”.
Berkata Al-Uqaily: Isi kandungan hadis (matan) ini tidak sahih daripada Nabi.
Demikian juga hadis: Larangan (makan daging dengan cara) memotong dengan pisau, kerana itu adalah perbuatan orang bukan arab (‘ajam)”.
Berkata Imam Ahmad: hadis ini tidak sahih, bahkan diriwayatkan bahawa Nabi memotong daging kambing dan memakannya.
Antara hadis lainnya: Hadis melarang makan di pasar. Semuanya batil.
Berkata Al-Uqaily: Semua yang disebut dalam bab ini tidak sabit daripada Nabi.
Hadis lain: Hadis tembikai dan kelebihannya. Terdapat juzuk padanya.
Imam Ahmad berkata: Tidak sahih hadis tentang kelebihan tembikai, melainkan Rasulullah SAW pernah memakan tembikai.

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon