Pada tahun 130 nanti, akan berlakulah perkara-perkara pelik al-Quran di dalam rongga orang yang zalim

TEKS BAHASA ARAB

إذا كانت سنة ثلاثين ومئة كان الغرباء قرآن في جوف ظالم ومصحف في بيت قوم لا يقرأ فيه ورجل صالح بين قوم سوء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada tahun 130 nanti, akan berlakulah perkara-perkara pelik al-Quran di dalam rongga orang yang zalim, mushaf suatu kaum yang tidak pernah dibacakan padanya al-Quran, manakala orang soleh berada di tengah-tengah kaum yang jahat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 110, hadis nombor 215. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها أحاديث التواريخ المستقبلة وقد تقدمت الإشارة إليها. وهي كل حديث فيه إذا كانت سنة كذا وكذا حل كذا وكذا….وحديث "إذا كانت سنة ثلاثين ومئة كان الغرباء قرآن في جوف ظالم ومصحف في بيت قوم لا يقرأ فيه ورجل صالح بين قوم سوء".

Di antaranya (petanda hadis palsu) ialah hadis yang menyebut tarikh kejadian yang akan berlaku pada masa akan datang seperti mana yang telah disebutkan sebelum ini.…dan hadis lain:
إِذَا كَانَتْ سَنَةُ ثَلاثِينَ وَمِئَة كَانَ الْغُرَبَاء قُرْآنٌ فِي جَوْفِ ظَالِمٍ وَمُصْحَفٌ فِي َبَيْتِ قَوْمٍ لا يَقْرَأُ فِيهِ وَرَجُلٌ صَالِحٌ بَيْنَ قَوْمِ سُوْءٍ
“Pada tahun 130 nanti, akan berlakulah perkara-perkara pelik al-Quran di dalam rongga orang yang zalim, mushaf suatu kaum yang tidak pernah dibacakan padanya al-Quran, manakala orang soleh berada di tengah-tengah kaum yang jahat.”

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs