Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang bernama ‘Umarah di atas kuda daripada batu permata jenis Yakut

TEKS BAHASA ARAB

إن لله ملكا اسمه عمارة على فرس من حجارة الياقوت طوله مد بصره يدور في البلدان ويقف في الأسواق فينادي: ألا ليغل كذا وكذا ألا ليرخص كذا وكذا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang bernama ‘Umarah di atas kuda daripada batu permata jenis Yakut, ketinggiannya sejauh penglihatannya, malaikat itu mengelilingi negeri-negeri dan berhenti di pasar-pasar. Malaikat ini menyeru: ‘Naikkanlah harga barang ini dan itu, turunkanlah harga barang ini dan itu.’

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 100, hadis nombor 182. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: ركاكة ألفاظ الحديث وسماجتها بحيث يمجها السمع ويدفعها الطبع ويسمج معناها للفطن….وحديث "إن لله ملكا اسمه عمارة على فرس من حجارة الياقوت طوله مد بصره يدور في البلدان ويقف في الأسواق فينادي: ألا ليغل كذا وكذا ألا ليرخص كذا وكذا".

Antara ciri lain bagi hadis palsu ialah lafaznya sangat lemah dan menggelikan. Ia menggelikan orang yang mendengarnya serta maknanya menggelikan orang-orang yang bijak….dan hadis:
إِنَّ لِلَّهِ مَلَكًا اسْمُهُ عُمَارَةُ عَلَى فَرَسٍ مِنْ حِجَارَةِ الْيَاقُوتِ طُولُهُ مَدُّ بَصَرِهِ يَدُورُ فِي الْبُلْدَانِ وَيَقِفُ فِي الأَسْوَاقِ فَيُنَادِي: أَلا لِيَغْلُ كَذَا وَكَذَا أَلا لِيَرْخُصْ كَذَا وَكَذَا
“Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang bernama ‘Umarah di atas kuda daripada batu permata jenis Yakut, ketinggiannya sejauh penglihatannya, malaikat itu mengelilingi negeri-negeri dan berhenti di pasar-pasar. Malaikat ini menyeru: ‘Naikkanlah harga barang ini dan itu, turunkanlah harga barang ini dan itu.’”

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs